Covid-19: 2,295 kes baharu, 3 kematian semalam

Covid-19: 2,295 kes baharu, 3 kematian semalam

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan tiga kematian baharu akibat Covid-19 semalam.

Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu adalah 36,429 kes sejak virus tersebut melanda negara.

Berdasarkan data dimuat naik di portal KKMNOW, satu kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Sementara itu, sebanyak 2,295 kes jangkitan baharu Covid-19 direkodkan semalam, melibatkan empat kes import.

Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes sehingga kini adalah 4,834,272 kes.

Selain itu, seramai 23,275 individu atau 95.4 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah dan tiada pesakit ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sebanyak 1,072 kes pula dirawat di hospital dan 44 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) serta 11 pesakit memerlukan bantuan pernafasan. – Malaysiapost

Komen