Kasthuriraani umum tidak bertanding dalam PRU-15

Kasthuriraani umum tidak bertanding dalam PRU-15

PENYANDANG kerusi Parlimen Batu Kawan, P Kasthuriraani mengumumkan tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) bagi memberi laluan kepada pemimpin masa depan dalam DAP dan Malaysia.

Beliau menegaskan tidak digugurkan daripada kerusi Batu Kawan yang disandangnya selama dua penggal atau berpindah ke kawasan lain.

Menurutnya, keputusan untuk memberi laluan kepada muka baru itu dibuatnya selepas berfikir masak-masak.

“Ini adalah keputusan paling sukar yang perlu saya buat dalam hidup saya,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

“Saya berundur secara terhormat dan tidak bertanding dalam pilihan raya akan datang untuk memberi laluan kepada pemimpin masa depan dalam DAP dan Malaysia.

“Saya akan selamanya terhutang budi kepada parti kerana memberi saya platform untuk berkhidmat kepada rakyat dan negara selama dua penggal sebagai Ahli Parlimen Batu Kawan,” katanya dalam sidang media hari ini seperti dilaporkan FMT.

Kasthuriraani berkata, kepimpinan parti memujuknya untuk memikirkan semula keputusan itu, namun selepas berfikir panjang beliau tetap dengan itu dan mendapat sokongan serta restu penuh daripada parti.

“Timbul khabar angin bahawa saya telah digugurkan, tetapi itu tidak berlaku, dan saya berundur atas kerelaan saya sendiri,” katanya. – Malaysiapost

Komen