Kayakinan pelabur meningkat selepas Ismail Sabri diumum kekal calon PM
KEYAKINAN pelabur semakin meningkat selepas Presiden Umno, Datuk Seri Anmad Zahid Hamidi mengulangi bahawa Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kekal sebagai ‘poster boy’ atau calon Perdana Menteri Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Ahmad Zahid mengulangi pendirian Umno dan BN itu ketika sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Umno Bahagian Bagan Datuk pada 16 Oktober lalu.
Jumlah dagangan di Bursa Malaysia meningkat dan indeks petunjuk pasaran melepasi paras 1,400 mata sejak empat hari lalu, dengan indeks utama meningkat 1.05%, meningkat dengan pembelian saham perbankan.
Pada jam 5 petang semalam, penanda aras FBM KLCI melonjak 14.74 mata untuk berakhir pada paras tertinggi harian 1,415.10, daripada penutupan Selasa pada 1,400.36.
Indeks itu dibuka 2.32 mata lebih tinggi pada 1,402.68, dan kemudian mencecah paras terendah harian pada 1,400.28, sebelum meningkat naik sepanjang hari untuk ditutup lebih tinggi.
Momentum tersebut dijangka terus meningkat dengan didorong oleh pelbagai faktor:
Antara faktor utama peningkatan prestasi Bursa Malaysia ialah keyakinan pelabur terhadap Kerajaan Keluarga Malaysia pimpinan Ismail Sabri yang membawa kestabilan kepada negara.
Mereka turut yakin dengan pengalaman dimiliki pimpinan Barisan Nasional (BN) yang mampu membawa kestabilan dan kemakmuran kepada Malaysia.
Bursa Malaysia jatuh di bawah 1,300 mata pada 22 September lalu disebabkan pelbagai faktor khususnya ketidaktentuan politik dan kebimbingan kemelesetan ekonomi global pada tahun depan.
Naib presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng dilaporkan berkata, dagangan dalam pasaran tempatan adalah optimistik dengan berhati-hati, memandangkan peningkatan dalam sentimen pasaran serantau, tetapi pelabur harus kekal berwaspada berikutan ketidaktentuan pasaran yang semakin meningkat.
“Kami percaya KLCI akan meneruskan aliran menaiknya kerana penilaian kekal murah, dan meningkatkan sasaran kami untuk minggu ini kepada julat 1,400-1,430. Rintangan serta-merta dikesan pada 1,430, manakala sokongan pada 1,400,” katanya memetik laporan Bernama. – Malaysiapost