PRU15 : SPR tetapkan hari mengundi 19 November

PRU15 : SPR tetapkan hari mengundi 19 November

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) menetapkan 19 November sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Tarikh sama juga ditetapkan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, Sabah.

Tarikh penamaan calon pula ditetapkan pada 5 November manakala bagi pengundian awal pada 15 November.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata, menyatakan seramai 21,173,638 juta pengundi layak mengundi berdasarkan daftar pemilih yang diwartakan pada pilihan raya umum kali ini, melibatkan kali pertama undi 18 tahun dan pengundi baharu automatik.

“Tempoh berkempen ditetapkan 14 hari bermula selepas pengisytiharan calon-calon yang bertanding pada 5 November sehingga pukul 11.59 malam, 18 November.

“Urusan permohonan semua kategori undi pos luar negara dan dalam negara telah dibuka bermula daripada 10 Oktober untuk PRU15 dan daripada 13 Oktober bagi PRK Bugaya, Sabah,” katanya dalam kenyataan hari ini.-Malaysiapost

Komen