SPR umum tarikh penting PRU15 hari ini

SPR umum tarikh penting PRU15 hari ini

TUMPUAN orang ramai terhadap tarikh sebenar Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) bakal terjawab selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan mesyuarat khas, hari ini.

Mesyuarat yang akan diadakan di Ibu Pejabat SPR Putrajaya tersebut akan bermula kira-kira pukul 12 tengah hari berdasarkan jemputan yang diperoleh pihak media.

Turut bakal dibincangkan ialah urusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, Sabah.

SPR berkata, mesyuarat khas itu akan dipengerusikan Tan Sri Abdul Ghani Salleh selaku Pengerusi SPR.

Jelasnya, satu sidang media akan dibuat sejurus selepas mesyuarat khas berkenaan.

SPR juga akan mengumumkan jumlah pemilih berdaftar, jumlah petugas pilihan raya, jumlah premis yang akan digunakan sebagai pusat mengundi, saluran mengundi, peruntukan keseluruhan dan garis panduan pengundian.

Pada 10 Oktober lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah membuat pengumuman membubarkan Parlimen selepas diperkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk memberi laluan kepada PRU-15. – Malaysiapost

Komen