Tahniah Team Haq juara Mobile Legends
MENTERI Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengucapkan tahniah kepada pasukan Team Haq E-Sport kerana menjuarai kejohanan Mobile Legends Professional League Malaysia (MPLMY).
Menerusi hantaran di Facebook miliknya, Ahmad Faizal berkata, kejayaan Team Haq membuktikan negara mempunyai banyak bakat muda dalam E-Sport yang boleh dilatih dan digilap untuk mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa.
“Tahniah pasukan Team Haq ESport Club atas kejayaan menjuarai Mobile Legends Professional League Malaysia (MPL MY) Season 10.
“Insha Allah, lebih kejayaan menanti pada M4 World Championship Mobile Legend yang bakal berlangsung di Jakarta, tahun depan.”Keep up the good work,” katanya. -Malaysiapost