Abang Viva pilih Enova jadi suri hati

Abang Viva pilih Enova jadi suri hati

ABANG Viva atau nama sebenarnya Azwan Omar yang terkenal selepas namanya tular membantu mangsa banjir selamat menjadi suami kepada pilihan hatinya, Enova.

Menerusi hantaran  Facebook seorang jurugambar, Azizi Ang memuat naik beberapa keping gambar Azwan dan isterinya dalam persalinan pengantin berwarna putih.

Sebelum ini, Azwan tampil melamar teman istimewanya menerusi siaran langsung (live) TikTok ketika berada di dalam kereta sambil menunjukkan sebentuk cincin sebagai tanda keikhlasan.

Rata-rata warga maya mengucapkan tahniah kepada pasangan mempelai dan berharap Azwan ini terus bersemangat dalam menabur bakti serta sumbangan kepada masyarakat yang ditimpa musibah.

Dalam masa masa, Azwan bersama Enova kini aktif menguruskan sebuah Pertubuhan Gerakan Kebajikan Abang Viva yang ditubuhkannya sendiri untuk menyalurkan bantuan kepada orang memerlukan.

Kisah Azwan tular di media sosial apabila beliau tekad membantu mangsa banjir di Selangor dan Pahang, menggunakan kereta jenis Perodua Viva dan sebuah bot. – Malaysiapost

Komen