Covid-19: 2,561 kes baharu, 8 kematian semalam

Covid-19: 2,561 kes baharu, 8 kematian semalam

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan lapan kematian baharu akibat Covid-19 semalam.

Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu adalah 36,437 kes sejak virus tersebut melanda negara.

Berdasarkan data dimuat naik di portal KKMNOW, satu kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Sementara itu, sebanyak 2,561 kes jangkitan baharu Covid-19 direkodkan semalam, melibatkan lapan kes import.

Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes sehingga kini adalah 4,836,825 kes.

Selain itu, seramai 24,483 individu atau 95.5 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah dan tiada pesakit ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sebanyak 1,102 kes pula dirawat di hospital dan 51 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) serta 23 pesakit memerlukan bantuan pernafasan. – Malaysiapost

Komen