PM ucap selamat hari lahir kepada lagenda badminton negara
PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran kepada legenda badminton negara Datuk Lee Chong WeiWei yang ke 40 tahun hari ini.
Menurutnya, secara peribadi Chong Wei dan keluarganya akrab dengan beliau serta keluarga sejak beliau menjadi Menteri Beliau dan Sukan dahulu.
“Happy birthday legenda badminton negara Datuk Wira Lee Chong Wei. Seorang legenda badminton yang menjulang nama negara ke persada dunia.
“Antara kejayaan beliau termasuk membawa pulang pingat Perak pertama Olimpik Malaysia pada kejohanan di Beijing tahun 2008, dan menjadi Pemain No 1 dunia,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.
Beliau berkata, walaupun Chong Wei sudah bersara, namun sumbangannya tidak pernah terhenti dan masih setia berbakti kepada dunia badminton negara.
“Selamat ulang tahun, Chong Wei! Semoga terus berjaya!” katanya.
Sementara itu Chong Wei dalam hantarannya di Facebook turut mengucapkan terima kasih kepada semua atas ingatan ulang tahun kelahirannya.
“Hadiah hari lahir terbaik dalam menandakan memasuki usia 4 siri. Terima kasih isteri. Terima kasih atas doa dari semua,” katanya yang bakal menimang anak ketiga. – Malaysiapost