Caprice sibuk, enggan ‘campur tangan’ isu hangat
PENYANYI rap, Caprice enggan melayan karenah netizen yang meminta dia ‘campur tangan’ isu-isu hangat yang melanda negara ketika ini.
Terbaharu, menerusi hantaran di Instagram, Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli, 34, memaklumkan kepada pengikutnya untuk enggan ‘campur tangan’ konflik penceraian pelakon Sharifah Sakinah dengan suami ‘Mat Saleh’.
“Salam Cap, ada berita ke pasal Sharifah Sakinah bercerai dengan Micheal? Boleh ulas sikit tak Cap? Thanks,” tulis pengikutnya.
Namun, Caprice membalasnya dengan jawapan ringkas: “Wsalam. Tak nak.”
Dalam hantaran itu Caprice memaklumkan dia sedang sibuk menguruskan perkara yang berkaitan saman.
“Sorry geng, tengah busy tulis saman,” catatnya.
Caprice yang terkenal memperjuangkan isu-isu hangat di media sosial seperti mangsa rogol, amang seksual, penderaan dan sebagainya dipercayai akan mengambil tindakan saman ke atas pasar raya tersohor, Mydin.
Sebelum ini, Caprice memohon Mydin membuat permohonan maaf dalam tempoh 24 jam selepas dikatakan menggunakan namanya sebagai jenaka bagi tujuan promosi di media sosial.
Caprice turut meminta Mydin memadam ciapan yang dibuat di laman Twitter rasmi pasar raya itu sebelum tindakan undang-undang diambil. – Malaysiapost