Covid-19: 2,256 kes baharu, 3 kematian semalam
KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 2,256 kes baharu jangkitan Covid-19 semalam.
Perkembangan itu menjadikan kes kumulatif Covid-19 kini meningkat kepada 4,839,075 kes.
Manakala, tiga kematian direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan kematian kini mencecah 36,440 kes.
Menurut data KKMNOW, sebanyak 26,526 kes aktif termasuk 1,054 dirawat di hospital.
Daripada jumlah itu, 47 kes ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 17 memerlukan alat bantuan pernafasan.
Manakala 25,425 kes lagi dikuarantin di rumah.
Semalam, seramai 1,363 dilaporkan sembuh. – Malaysiapost