Trafik perlahan di beberapa lebuh raya utama

Trafik perlahan di beberapa lebuh raya utama

ALIRAN trafik di beberapa lebuh raya utama mulai perlahan bemula seawal jam 8 pagi tadi berikutan cuti hujung minggu yang panjang sempena sambutan Deepavali, Isnin ini.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menerusi maklumat terkini trafik di laman Twitter memaklumkan aliran trafik perlahan sebelum memasuki Plaza Tol Gombak.

“Trafik turut perlahan di Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) sebelum Terowong Genting Sempah menghala ke arah timur,” katanya.

LLM memaklumkan terdapat kemalangan berlaku kira-kira 7.45 pagi tadi di KM155.8 arah selatan dari Bukit Gambir ke Pagoh dan kerja pengalihan sedang dilakukan dengan lorong kiri ditutup menyebabkan kesesakan hampir dua kilometer.

Trafik turut perlahan dari Rawang Selatan ke Rawang, Slim River ke Sungkai, Bidor ke Tapah dan Tapah ke Gopeng.

Sementara itu, LLM dalam kemaskini jam 11.42 pagi tadi melaporkan, trafik perlahan di lokasi Plaza Tol Sungai Besi ke pusat bandar, Bangi ke Nilai, Bandar Ainsdale ke Senawang, kawasan rehat dan rawat (RNR) Ayer Keroh (S) ke RNR Ayer Keroh (U).

Trafik juga bergerak perlahan dari Ayer Keroh ke Jasin, Layby Tangkak ke Bukit Gambir, Kempas dan Pasir Gudang ke Dato’ Onn serta Skudai ke Senai. – Malaysiapost

Komen