Istilah ‘Pak Lebai’, Zahid minta PAS tanya Azmin

Istilah ‘Pak Lebai’, Zahid minta PAS tanya Azmin

PRESIDEN Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini membidas tindakan PAS yang didakwa melenting apabila digelar sebagai parti ‘Pak Lebai’.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu berkata, PAS tidak seharusnya ‘terasa’ dengan gelaran itu kerana istilah berkenaan bukan dicipta Umno, sebaliknya oleh Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kini adalah pemimpin sekutu mereka.

Menurut Ahmad Zahid lagi, PAS sebelum ini turut memandang rendah terhadap Barisan Nasional (BN) termasuk mengelar parti itu dengan nama haiwan dan tumbuhan.

“Sendiri makan cili, sendiri terasa pedas. Bukankah istilah Pak Lebai' lebih harmoni berbanding gelaranitik’ dan ‘durian’.

“Lagipun istilah `Pak Lebai’ dalam konteks politik bukan saya yang cipta, sebaliknya dipopularkan oleh sahabat (Mohamed Azmin) baru mereka,” katanya menerusi Facebook.

Ahmad Zahid berkata, Mohamed Azmin yang kini Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) yang mula mempopularkan ‘label’ Pak Lebai terhadap PAS.

“(Ketika itu) Mohamed Azmin adalah bekas Timbalan Presiden PKR merangkap bekas Menteri Besar Selangor. Beliau kini merupakan Pengarah Pilihan Raya PN yang pemimpin PAS sedang tumpahkan taat setia.

“Jadi seharusnya pemimpin PAS bertanya kepada pengarah pilihan raya gabungan baharu mereka mengenai istilah `Pak Lebai’.

“Bagaimana beliau memperoleh ilham tersebut dan mengapa beliau ‘menobatkan’ PAS sebagai parti ‘Pak Lebai’,” katanya.

Sehubungan itu, Ahmad Zahid menasihati pemimpin PAS supaya jangan kerap melabelkan pihak lain dengan gelaran negatif hanya kerana berasa diri terlalu suci murni.

“Sehinggakan Umno/BN enggan memenuhi faedah dan manfaat mereka digelar sebagai haiwan dan seumpamanya.

“Sedangkan mereka sendiri tidak suka dikaitkan dengan sesuatu gelaran walaupun hanya `Pak Lebai’.

“Gunakan politik untuk memperkuatkan agama, bukan menggunakan agama untuk memperkuatkan politik,” katanya.

Terdahulu, Ahmad Zahid menegaskan, BN tidak akan mengadakan sebarang rundingan dengan PAS memandangkan parti ‘Pak Lebai’ itu dilihat tidak mempunyai pendirian yang tetap dalam membentuk kerjasama politik.

Susulan itu, Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menyatakan, gelaran parti ‘pak lebai’ itu bukan sesuatu yang hina, jika dibandingkan dengan gelaran ‘penyamun politik’. – Malaysiapost

Komen