Kerjasama PH dan GTA tidak akan berlaku
PENGERUSI Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim membayangkan kerjasama gabungan itu dan Gerakan Tanah Air (GTA) tidak akan berlaku pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)
“Kerjasama apa? Bila saya kata (terbuka untuk bekerjasama dengan GTA)? Saya kata untuk berbincang dengan sesiapa pun boleh ‘bincang’. Kalau diperlukan (berbincang) hari ini saya ada di Pulau Pinang, lusa di Sarawak.
“Bagi saya lebih baik menemui rakyat dalam keadaan sekarang ini. Usul adakan pertemuan itu, seolah-olah belum ada pertemuan, (sedangkan) berpuluh kali sudah ada pertemuan sebelum ini,” katanya.
Sementara itu, ditanya sama ada beliau menerima permohonan untuk berjumpa daripada Tun Dr Mahathir Mohamad, Anwar enggan mengulas lanjut.
Sebelum ini, media melaporkan Dr Mahathir yang juga Pengerusi Penaja GTA, bersedia bertemu Anwar, bagi mengadakan rundingan untuk kerjasama menghadapi PRU15.
Sususlan itu, Anwar memaklumkan beliau tiada masalah bertemu dan berbincang dengan Dr Mahathir, namun menegaskan perkara yang ditekankan PH ialah berkenaan kepentingan untuk melawan Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN).
Dalam perkembangan berkaitan, Anwar berkata kemungkinan besar penyandang Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar, akan mempertahankan kerusi itu pada PRU15 nanti. – Malaysiapost