TMJ ingatkan Bangsa Johor jaga tingkah laku
TUNKU Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menitahkan semua Bangsa Johor sentiasa menjaga tingkah laku.
Tunku Ismail turut mengingatkan Bangsa Johor bertanggungjawab dalam apa juga perkara yang dilakukan.
“Semoga negeri Johor dan seluruh Bangsa Johor sentiasa diberkati dan dipelihara Allah SWT.
“Muafakat itu berkat, Allah Peliharakan Sultan,” titah baginda dalam kenyataan di Facebook malam ini.
Semalam kira-kira 30 individu yang memakai ‘hoodie’ dan pelitup muka mencetuskan provokasi ketika berlangsungnya program Majlis Malam Mesra Muo anjuran Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) di sebuah dewan restoran di Jalan Bakri Muar.
Mereka membuat onar dengan melempar mercun dan botol selain merosakkan kenderaan tetamu.
Difahamkan polis menahan tiga individu dipercayai ada kaitan dengan kejadian itu.
Kejadian itu adalah yang kedua selepas yang pertama program MUDA diganggu sekumpulan pemuda bermotor. – Malaysiapost