Vivy hampir menjadi mangsa penyeluk saku di London

Vivy hampir menjadi mangsa penyeluk saku di London

USAHAWAN selebriti, Vivy Yusof yang kini sedang bercuti di London bersama keluarganya, hampir menjadi mangsa penyeluk saku di Oxford Street.

Vivy atau nama sebenarnya Vivy Sofinas Yusof, 34, yang berdepan detik cemas turut menceritakan dengan terperinci aktiviti mereka sekeluarga sepanjang hari pertama di sana.

“Saya hampir diseluk saku di Oxford Street ketika mendukung Idris, dan tangan sebelah lagi sedang memegang Sarah.

“Seorang perempuan tiba-tiba menyeluk tangannya ke dalam beg tangan saya manakala rakannya sedang bersedia untuk mengambil barang.

“Syukur kepada Allah lampin Idris berada di atas sekali lalu saya terus menjerit ke arah dua wanita terbabit,” kata ibu kepada empat anak itu menerusi Instagramnya.

Vivy menjelaskan, penyeluk saku terbabit gagal mengambil barang dalam begnya kerana dipenuhi dengan lampin pakai buang anaknya.

“Syukur lampin pakai buang Idris di atas, saya menjerit kepada dia dan kawannya,” katanya yang turut memuat naik #dontmesswithmoms

Dalam hantaran itu, Vivy turut berkongsi babak kelam-kabutnya menguruskan anak-anaknya bersama suaminya.

“Tidak cukup tidur sebab perjalanan jauh. Tukar lampin pakai buang Idris kerana kerap membuang air besar. Mariam dan Sarah pula sentiasa bertengkar,” katanya. – Malaysiapost

Komen