Ibu Wan Azizah meninggal dunia
IBU kepada bekas Timbalan Perdana Menteri Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail meninggal dunia, hari ini.
Berita sedih itu dimaklumkan oleh anak Wan Azizah, Nurul Izzah Anwar dalam kenyataan ringkas di laman Facebooknya sebentar tadi.
“Innalillahiwainnailaihirajiun. Dimaklumkan bonda mama tersayang, Datin Hajah Mariah Khamis telah kembali ke Rahmatullah.
“Semoga Allahyarhamah nenek ditempatkan dalam kalangan para salihin, diampunkan dosa, dipermudahkan segala urusan, diberikan sepenuh kelapangan kelak dan mendapat husnul khatimah. We love you, grandma. Al-Fatihah,” katanya. – Malaysiapost