Majlis perkahwinan akan berlangsung pada Disember ini.

Majlis perkahwinan akan berlangsung pada Disember ini.

“ALHAMDULILLAH segala perselisihan faham telah diselesaikan dan kami menjadi seperti dahulu kembali.”

Azwan Omar atau lebih dikenali dengan panggilan Abang Viva menerusi catatan di Facebooknya itu turut memohon maaf atas kekecohan yang timbul dan berterima kasih kepada yang mendoakan mereka.

“Saya wakil dari seluruh keluarga memohon maaf atas segala yang telah terjadi dan berharap tiada lagi kecaman atau isu yang akan dikeluarkan.

“Biarlah apa yang berlaku dan dibincangkan menjadi rahsia antara keluarga kami,” katanya.

Dalam masa sama Azwan turut memohon agar kedua orang tuanya diberikan ruang dan sekali gus mengumumkan tarikh majlis perkahwinan yang akan diadakan nanti.

“Terima kasih dan maaf sekali lagi kepada semua. Saya juga harap tiada lagi persoalan atau pertanyaan tentang isu ini kepada ibu bapa saya.

“Jika ada kebencian, pertanyaan atau apa-apa boleh terus kepada saya sahaja. Biarlah saya seorang yang menanggung segala beban bukan keluarga saya.

“InsyaAllah majlis perkahwinan kami akan dibuat pada bulan 12 tahun ini,” katanya.

Sebelum ini, media sosial kecoh dengan dakwaan Abang Viva tidak mengundang ibu bapa dan keluarga ke majlis pernikahannya.

Perkara itu didedahkan oleh kakak Azwan, Fauziyah Omar di akaun Facebook miliknya baru-baru ini.

Fauziyah mendakwa mendakwa adiknya telah bertunang dan berkahwin dengan pilihan hatinya tanpa pengetahuan mereka sekeluarga.

Azwan membalas kepada kenyataan tersebut menerusi video ‘live’ pada Facebook selepas itu dan memaklumkan dia sebenarnya telah bernikah dengan pilihan hatinya, Enova pada 14 Oktober lalu secara senyap, namun bukan tanpa pengetahuan ibu bapa seperti yang didakwa. – Malaysiapost

Komen