22 bulan PH gagal tunjukkan mereka mampu lindungi Islam – Khairuddin
SEORANG bekas pemimpin PAS mendakwa 22 bulan pentadbiran Pakatan Harapan (PH) menjadi bukti ia gagal menunjukkan mereka mampu melindungi Islam.
Malah, penyandang kerusi Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, berkata PH juga gagal menunjukkan mereka melindungi kepentingan bangsa Melayu dan institusi raja-raja Melayu.
“Mereka juga gagal menunjukkan integriti dalam pentadbiran.
“Apa yang pasti kestabilan negara terancam.
“Rakyat perlu bersatu untuk menghadapi kemelut ekonomi pada tahun depan dengan memterjemahkan kehendak tersebut pada peti undi,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.