Air pasang besar dijangka landa Klang mulai hari ini

Air pasang besar dijangka landa Klang mulai hari ini

FENOMENA air pasang besar yang membawa risiko banjir dan runtuhan ban diramal berlaku di Klang mulai hari ini hingga Khamis.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Klang, berkata paras air laut di stesen Pelabuhan Klang dijangka setinggi 5.5 meter antara jam 5 hingga 8 pagi pada Rabu dan Khamis.

Katanya, sehubungan itu penduduk Klang dinasihat sentiasa peka dan cakna dengan keadaan semasa alam sekeliling serta mengikut arahan agensi bertanggungjawab.

“Sentiasa dapatkan maklumat terkini keadaan cuaca dan arahan lanjut pihak agensi kerajaan bertanggungjawab.

“Bilik gerakan bencana daerah Klang akan turut dibuka mulai 25 hingga 28 Oktober 2022,” katanya dalam hantaran Facebook.

Dalam pada itu, orang ramai digalakkan untuk bersedia dengan beg kecemasan bencana (ready2go) di rumah. – Malaysiapost

Komen