Calon BN jalani tapisan jabatan agama, selain PDRM, SPRM, Insolvensi – PM

Calon BN jalani tapisan jabatan agama, selain PDRM, SPRM, Insolvensi – PM

CALON Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan menjalani saringan status mereka dengan pejabat agama, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perdana Menteri berkata, semakan dengan pejabat agama adalah sebagai tambahan kepada saringan yang ditetapkan sebelum ini dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Insolvensi Malaysia.

Ujar Naib Presiden Umno itu, langkah tersebut kali pertama diperkenalkan dalam PRU kali ini kerana parti itu tidak mahu sebarang isu berbangkit membabitkan calon berkaitan dengan pejabat agama.

“Kalau dulu kita tidak ‘check’ perkara ini, …kali ini kita akan periksa,” katanya memetik Berita Harian.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai tahap saringan untuk calon BN bagi PRU15.

Sebelum ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 19 November depan sebagai hari pengundian bagi PRU15.

Hari penamaan calon pula ditetapkan pada 5 November, manakala hari pengundian awal pada 15 November. – Malaysiapost

Komen