Covid-19: 1,737 kes baharu, 3 kematian semalam

Covid-19: 1,737 kes baharu, 3 kematian semalam

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan tiga kematian baharu akibat Covid-19 semalam.

Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu adalah 36,447 kes sejak virus tersebut melanda negara.

Berdasarkan data dimuat naik di portal KKMNOW, satu kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Sementara itu, sebanyak 1,737 kes jangkitan baharu Covid-19 direkodkan semalam, melibatkan satu kes import.

Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes sehingga kini adalah 4,845,475 kes.

Selain itu, seramai 25,900 individu atau 95.5 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah dan tiada pesakit ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sebanyak 1,042 kes pula dirawat di hospital dan 52 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) serta 19 pesakit memerlukan bantuan pernafasan. – Malaysiapost

Komen