Ibu Azalina meninggal dunia

Ibu Azalina meninggal dunia

IBU kepada Datuk Seri Azalina Othman Said meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), pagi tadi.

Berita duka tersebut dikongsi Penasihat Khas Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Rashid Shirlin, menerusi hantaran Facebook.

Jenazah ibu kepada penyandang kerusi Parlimen Pengerang itu dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara di ibu negara selepas solat Zohor hari ini.

Pada 29 Julai lalu, Azalina kehilangan ayahnya, Datuk Othman Said.

Allahyarham meninggal dunia pada usia 89 tahun di kediamannya di Kelana Jaya, Selangor kerana sakit tua. – Malaysiapost

Komen