Perkhidmatan WhatsApp tergendala

Perkhidmatan WhatsApp tergendala

PERKHIDMATAN aplikasi WhatsApp dilaporkan sedang menghadapi masalah teknikal ekoran pengguna tidak boleh mengirim mahupun menerima mesej.

Berdasarkan laporan DownDetector, masalah itu dikesan berlaku sejak jam 3 petang tadi.

Laporan itu juga menyatakan lebih 400 pengguna perkhidmatan berkenaan sudah mengemukakan aduan berhubung gangguan terbabit.

Berdasarkan perangkaan awal, sebanyak 86 peratus pengguna didapati menghadapi masalah berkenaan.

Bagaimanapun, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan setakat ini oleh penyedia perkhidmatan sosial media berkenaan. – Malaysiapost

Komen