PRU15: Azmin yakin Gombak milik PN
DATUK Seri Mohamed Azmin Ali yakin kerusi Parlimen Gombak yang disandangnya akan kekal menjadi milik Perikatan Nasional (PN) selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Keyakinan tersebut dilontarkan Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu selepas bertemu jentera utama PN peringkat Parlimen berkenaan malam tadi.
Untuk rekod Mohamed Azmin memenangi kerusi Parlimen Gombak atas tiket Pakatan Harapan (PH) pada PRU14 lalu.
Bagaimanapun beliau keluar PKR bersama beberapa lagi Ahli Parlimen parti itu sekali gus menyaksikan kerajaan PH tumbang selepas 22 bulan mentadbir.
“Malam tadi bertemu jentera utama PN peringkat Parlimen, ketiga-tiga DUN serta kesemua 47 Pusat Daerah Mengundi dalam Parlimen Gombak untuk sesi taklimat khas PRU15.
“Gembira dan bersemangat melihat kesatuan parti-parti anggota PAS, Bersatu dan Gerakan serta persiapan dan gerak kerja yang telah mula dilaksanakan.
“InshaAllah, Gombak kekal untuk Perikatan Nasional,” tulisnya mnenerusi hantaran di Facebooknya hari ini. – Malaysiapost