3 kru kapal angkut pasir maut kena renjatan letrik
Ben Ibrahim
TIGA kru kapal mengangkut pasir maut dipercayai selepas terkena renjatan eletrik dalam kejadian di Kuala Rompin, dekat Rompin, awal pagi tadi.
Menurut sumber, tiga kru warganegara Vietnam itu berada dalam bahagian dalam kapal terbabit sebelum dilaporkan tidak sedarkan diri.
“Ketika kejadian, kapal itu berada berhampiran kawasan perairan Tanjung Seratus, Kuala Rompin.
“Polis menerima laporan kejadian itu sekitar jam 2 pagi dan semua mangsa berada di bahagian perut kapal berkenaan.
“Semua mangsa berjaya dikeluarkan hasil bantuan dan kepakaran pasukan bomba yang dipanggil bagi membantu operasi menyelamat itu,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Bomba Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, enam pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Rompin terbabit dalam operasi itu.
“Operasi membawa keluar mangsa berdepan sedikit kesukaran kerana ruangan yang sempit dan kita berjaya mengeluarkan mangsa menggunakan tali,” katanya dalam kenyataan di Kuantan, hari ini.
Katanya, semua mangsa disahkan sudah meninggal dunia ketika dibawa naik oleh pasukan bomba dan kes disiasat oleh polis. – Malaysiapost