CAAM sahkan helikopter terbabit nahas udara

CAAM sahkan helikopter terbabit nahas udara

PIHAK Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan menerima maklumat berhubung kemalangan udara membabitkan sebuah helikopter berhampiran Tanah Rata, Cameron Highlands, hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif CAAM Datuk Kapten Chester Voo, berkata maklumat mengenai kejadian membabitkan helikopter jenis Airbus AS 355 F2 dengan nombor pendaftaran 9M-SSW itu diterima pada jam 1.03 tengah hari tadi.

“Helikopter berkenaan yang dikendalikan oleh Layang Layang Aerospace Sdn Bhd berlepas dari Kampung Gawin ke Tanjung Rambutan, Perak pada jam 12.20 tengah hari.

“Pesawat berkenaan membawa seorang juruterbang serta Lima penumpang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, susulan itu Pusat Kawalan Kecemasan (EOC) CAAM dan Pusat Koordinasi Menyelamat Aeronautial (ARCC) di Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) di Seorang diaktifkan segera pada jam 1.11 tengah hari tadi.

“Unit mencari dan menyelamat pertama melalui jalan darat telah digerakkan ke lokasi kejadian 19 minit kemudian dan usaha mencari serta menyelamat Masih dijalankan.

“Siasatan lanjut akan dilaksanakan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia mengikut Bahagian XXVI Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016,” katanya. – Malaysiapost

Komen