Covid-19: 1,743 kes baharu, 5 kematian semalam

Covid-19: 1,743 kes baharu, 5 kematian semalam

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan lima kematian baharu akibat Covid-19 semalam.

Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu adalah 36,452 kes sejak virus tersebut melanda negara.

Berdasarkan data dimuat naik di portal KKMNOW, satu kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Sementara itu, sebanyak 1,743 kes jangkitan baharu Covid-19 direkodkan semalam, melibatkan satu kes import.

Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes sehingga kini adalah 4,847,217 kes.

Selain itu, seramai 25,630 individu atau 95.6 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah dan tiada pesakit ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sebanyak 1,133 kes pula dirawat di hospital dan 44 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) serta 23 pesakit memerlukan bantuan pernafasan. – Malaysiapost

Komen