Harap sambutan hebat diterjemah dalam peti undi – Mat Sabu

Harap sambutan hebat diterjemah dalam peti undi – Mat Sabu

SAMBUTAN hebat daripada rakyat pada program Jelajah Pakatan Harapan (PH) diharap diterjemah dalam peti undi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), 19 November ini.

Presiden Parti Amanah, Mohamad Sabu berkata menerusi program jelajah tersebut, rakyat akan menerima PH dan seterusnya menolak Barisan Nasional (BN) serta Perikatan Nasional (PN).

Beliau memberi contoh, program Jelajah PH di Alor Gajah, Melaka malam tadi antara yang mendapat sambutan hangat daripada penduduk negeri itu.

“Dengan sambutan rakyat yang sebegini hebat, kita harapkan sokongan mereka diterjemahkan dalam peti undi.

“Tolak BN, Tolak PN. Undilah Pakatan Harapan,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Program jelajah itu turut disertai Pengerusi PH yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. – Malaysiapost

Komen