Helikopter bawa 5 pegawai perubatan dilapor terhempas di Cameron Highlands

Helikopter bawa 5 pegawai perubatan dilapor terhempas di Cameron Highlands

Ben Ibrahim

SEBUAH helikopter bersama enam penumpang dipercayai terhempas di kawasan Brinchang, dekat Cameron Highlands, hari ini.

Timbalan Pengarah (Operasi) Bomba Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, berdasarkan maklumat awal, helikopter tersebut dalam penerbangan dari tanah tinggi itu menghala ke Ipoh, Perak.

“Pusat gerakan operasi (PGO) menerima maklumat mengenai kejadian kira-kira jam 1 tengah hari tadi dan operasi mencari dan menyelamat sudah digerakkan pasukan Bomba Pahang dan Perak.

“Kami dimaklumkan tiga penumpang cedera manakala tiga lagi selamat dan mereka sudah dapat menghubungi polis di Perak,” katanya ketika dihubungi di Kuantan, sebentar tadi.

Ismail berkata, Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM) dan pasukan pelbagai kemahiran (MUST) bomba juga sudah digerakkan ke lokasi pencarian bagi mengesan mangsa.

Sementara itu, Utusan Malaysia yang memetik sumber memaklumkan nahas tersebut melibatkan helikopter milik syarikat swasta membawa lima pegawai perubatan termasuk seorang doktor. – Malaysiapost

Komen