Lana Nordin mengaku jalani pembedahan hidung di Korea
PELAKON, Lana Nordin baru sahaja selesai menjalani pembedahan plastik di bahagian hidung ketika berkunjung ke Seoul, Korea Selatan.
Kata Lana atau nama sebenar Mazlina Hasan Nordin, hidungnya kini tiada lagi bengkak atau lebam di bahagian wajahnya selepas hari ke-15.
“Hai, ini hari ke-15 selepas pembedahan, surprisely tak ada bengkak dan lebam di bahagian muka. Saya pun dah mula keluar berjalan di Seoul.
“Saya tak ada rasa pening, atau sakit di bahagian muka seperti mana ditanya. Anda boleh lihat sendiri, bengkak di bahagian muka saya sudah hilang, tak ada bengkak,” katanya tanpa berselindung dalam hantaran di Instagram.
Bagaimanapun, semakan terkini di Instagram mendapati aktres berusia 42 tahun itu telah memadam posting tersebut.
Menurut Lana, dia akan membuka balutan tersebut dalam tempoh tujuh hari lagi.
Sebelum ini, Lana mengaku terpaksa menjalani pembedahan ‘rhinoplasty’ untuk membetulkan semula hidung yang telah senget akibat kemalangan sewaktu di bangku sekolah. – Malaysiapost