Tolak debat terbuka, Anwar dakwa Ismail Sabri tidak berani

Tolak debat terbuka, Anwar dakwa Ismail Sabri tidak berani

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob didakwa tidak berani dan berkeupayaan untuk berdepan bagi mempertahankan dasar rakyat susulan menolak cadangan untuk berdebat.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata tindakan Ismail Sabri menolak pelawaannya dengan mendakwa ‘debat bukan budaya kita’ amat mengecewakan.

“Ia ternyata mengecewakan tatkala debat telah menjadi budaya para ulama silam, Parlimen dan juga di universiti-universiti dalam menganjurkan pemikiran kritis dan kreatif.

“(Ismail) ini hidup pada zaman mana? Parlimen itu tempat berbahas, sekolah mahupun universiti yang berjaya menganjurkan pemikiran kritis, pemikiran kreatif yang membolehkan perbahasan,” katanya.

Semalam, Ismail Sabri menolak cadangan Anwar untuk mengadakan debat terbuka tiga calon Perdana Menteri dari PH, Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) sempena PRU15.

Jelas Ismail Sabri, beliau berpendapat tiada keperluan untuk berdebat kerana ia tidak mendatangkan apa-apa hasil.

Beliau juga menegaskan debat sebelum pilihan raya juga bukan budaya Malaysia dan tidak pernah dibuat sedemikian.

“Bukan budaya kita debat ini, tidak pernah dibuat dan dan tidak mendatangkan hasil,” katanya. – Malaysiapost

Komen