Dr M dakwa pengundi disogok wang?

Dr M dakwa pengundi disogok wang?

TUN Dr Mahathir Mohamad mendakwa ramai pengundi tidak mahu mengundi kerana bosan dengan situasi politik negara.

Namun Pengerusi Parti Pejuang itu berkata, jika mereka tidak mahu mengundi, parti politik lawan yang didakwa menjadi punca golongan terbabit bosan dengan politik, akan menang.

“Ramai yang dakwa mereka bosan dengan politik, tak mahu undi, kalau tak mahu undi, punca yang menyebabkan mereka bosan dengan politik akan menang.

“Kerana yang bosan tak undi, yang undi adalah mereka yang disogok wang, negara terus hancur.

“Oleh itu yang bosan perlu hilangkan bosan, undi dan tolak punca bosan,” katanya menerusi rakaman video yang dimuatnaik di Facebooknya hari ini.

Dr Mahathir seterusnya memberi jaminan, Gerakan Tanah Air (GTA) yang dipimpinnya bersama Pejuang akan memulihkan kembali negara jika dipilih mentadbir selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). – Malaysiapost

Komen