Hishammuddin dijangka pertahan kerusi Parlimen Sembrong
MENTERI Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dijangka akan mempertahankan kerusi Parlimen Sembrong pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Beliau berkata, setakat ini tiada nama lain yang dicalonkan untuk mempertahankan kubu kuat Umno dan Barisan Nasional (BN) itu melainkan namanya sendiri.
“Saya tak tahu tempat lain, setahu saya orang Sembrong pun bagi cadangan kepada pucuk pimpinan tak ada nama lain.
“Jadi kita tunggulah, apa pun boleh berlaku. Saya harap yang terbaik,” katanya seperti dilapor MalaysiaGazette.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Pemakaian Beret Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Penyerahan Bendera Malaysia dan Penghantaran Kumpulan Pertama MALBATT 850-10 UNIFIL ke Lubnan di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang.
Mengulas mengenai calon berprofil tinggi, Hishammuddin berkata, ia tidak menjamin kemenangan mana-mana parti sebaliknya individu yang turun padang dan memberi berkhidmat kepada rakyat bakal menjadi pilihan utama kepada pengundi.
“Saya pun tak faham apa yang dimaksudkan dengan calon berprofil tinggi atau calon yang wajar, akhirnya pengundi atau rakyat akan menentukan (kemenangan).
“Ia tak kira isu calon, saya tahu memang seronok bila nak masuk penamaan calon, lepas itu masuk kempen. Isu-isu yang berprofil tinggi menjadi tanda tanda tanya.
“Secara realitinya rakyat akan memberi sokongan undi kepada mereka yang betul-betul boleh buat kerja dan berkhidmat di kawasan masing-masing,” katanya.
Dalam pada itu, Hishammuddin berkata, calon berprofil tinggi tidak menjamin kemenangan mana-mana parti sebaliknya individu yang turun padang dan memberi berkhidmat kepada rakyat bakal menjadi pilihan utama kepada pengundi.
“Saya pun tak faham apa yang dimaksudkan dengan calon berprofil tinggi atau calon yang wajar, akhirnya pengundi atau rakyat akan menentukan (kemenangan).
“Ia tak kira isu calon, saya tahu memang seronok bila nak masuk penamaan calon, lepas itu masuk kempen. Isu-isu yang berprofil tinggi menjadi tanda tanda tanya.
“Secara realitinya rakyat akan memberi sokongan undi kepada mereka yang betul-betul boleh buat kerja dan berkhidmat di kawasan masing-masing,” katanya.
Semalam, PKR mengumumkan tujuh calon berprofil tinggi untuk bertanding pada PRU15, pada 19 November depan.
Antaranya ialah Nik Omar Nik Aziz, yang pernah bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka di Kelantan pada 2018.
Selain Nik Omar, enam lagi calon turut terpilih antaranya bekas Setiausaha Kerajaan Perak, Datuk Zainal Abu Seman yang akan bertanding di Perak dan Naib Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin, Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan (Pahang). – Malaysiapost