Isu beg sekolah berat, KPM tidak pernah ‘tidur’
Aiman Hanif
ISU beg sekolah berat antara perkara yang mendapat perhatian Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Jidin sebaik beliau menerajui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Beg sekolah berat bukanlah perkara baharu, ia adalah isu lama yang telah menjadi polemik pelbagai pihak, namun, gagal ditangani secara tuntas.
KPM tidak pernah ‘tidur’ daripada mencari jalan untuk menangani isu beban beg sekolah.
Mohd Radzi tidak menunggu lama untuk bertindak, setelah menerajui KPM isu beg sekolah berat terus mendapat perhatian beliau yang mahukan murid-murid dapat belajar dalam keadaan selesa.

Awal bulan ini, sebanyak 626 sekolah dua sesi akan dipasang lokar yang bakal meringankan beban beg sekolah 249,646 murid sekolah rendah.
Fasa pertama kerja pemasangan dijangka siap sepenuhnya akhir bulan ini.
Kemudahan ini adalah antara tujuh inisiatif Kementerian Pendidikan (KPM) bagi menangani isu beg berat.

Bagi fasa pertama, lokar berkenaan akan dibekalkan kepada murid tahap satu iaitu Tahun Satu dan Tahun Dua dengan fasa kedua dijadualkan tahun depan.
Inisiatif itu adalah untuk mengurangkan masalah beg berat (
dalam kalangan murid dan menjadi antara inisiatif paling besar dan tak pernah dilaksanakan sebelum ini.
Program membabitkan kos RM37.3 juta untuk fasa pertama membabitkan murid Tahun Satu dan Tahun Dua dengan fasa kedua akan diteruskan pada 2023 membabitkan murid Tahun Tiga, Empat, Lima dan Enam.
Selain penyediaan lokar, KPM turut melaksanakan enam lagi pendekatan lain bagi mengatasi perkara berkaitan beg berat murid ini.
Kesemua inisiatif berkenaan sedang berjalan dan pelaksanaannya diterima baik di sekolah.
Antara enam lagi langkah yang diambil KPM ialah, penyusunan semula jadual waktu; buku latihan;
buku aktiviti dan buku kerja; uku teks digital; Pendekatan PdP
an kerjasama dengan JAKIM.
Oleh itu, jika ada pihak mendakwa bahawa Menteri Pendidikan tidak bertindak dalam menangani isu beg sekolah berat, ia adalah satu kesilapan.

Di bawah kepimpinan Mohd Radzi, isu beg sekolah berat sentiasa dekat dengan beliau dan tindakan segera telah diambil.
Secara berperingkat isu beg sekolah berat cuba diselesaikan dan ia merupakan satu pencapaian kepada Mohd Radzi dalam memimpin KPM.- Malaysiapost