PRU15: BN perlu dominan, kuat di Dewan Rakyat

PRU15: BN perlu dominan, kuat di Dewan Rakyat

BARISAN Nasional (BN) perlu menjadi dominan dan kuat dalam Dewan Rakyat dengan majoriti yang besar, kata Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau memberi contoh kejayaan BN melakar kejayaan cemerlang pada PRU11 sekali gus membentuk kerajaan majoriti lebih dua pertiga dan menjadikan suara pembangkang ‘kerdil’.

Katanya, jumlah ahli pembangkang yang ramai bukan hanya menggugat kestabilan malah mengganggu pembangunan negara.

“Kita mahu wujudkan sebuah negara Malaysia yang demokratik, namun suara pembangkang yang terlalu kuat akan menggugat kestabilan politik di negara kita.

“Ini akan mengganggu kemakmuran yang dirancang oleh kerajaan,” katanya pada Program Himpunan Solidariti Kestabilan dan Kemakmuran (SKK) dan pelancaran Jentera BN Pahang di Bera, hari ini.

Turut hadir, Perdana Menteri merangkap Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail. – Malaysiapost

Komen