PRU15: Umno Selangor ketengah calon anak tempatan
CALON Umno bagi kerusi-kerusi Parlimen di Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) adalah anak tempatan.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata Umno negeri itu akan bertanding 10 kerusi pada PRU15.
Antara kerusi tersebut, kata Pengerusi BN Selangor itu ialah Sabak Bernam, Tanjong Karang, Sungai Besar, Kuala Selangor, Sepang dan Gombak.
“Boleh dikatakan majoriti calon Umno (Selangor) anak tempatan,” kata penyandang kerusi Parlimen Tanjong Karang itu, lapor Bernama.
Terdahulu beliau melawat Hospital Tanjong Karang hari ini.
Mengulas lanjut, Noh berkata, BN Selangor akan mengetengahkan calon boleh menang dan mereka yang memahami masalah setempat dan sedia berkhidmat untuk rakyat. – Malaysiapost