Rundingan GTA, PN tak libatkan Muhyiddin

Rundingan GTA, PN tak libatkan Muhyiddin

RUNDINGAN antara Gerakan Tanah Air (GTA) dengan Perikatan Nasional (PN) masih berjalan tanpa melibatkan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pengerusi Penaja GTA, Tun Dr Mahathir Mohamad bagaimanapun berkata rundingan tersebut antara lain bagi mengelak pertindihan di beberapa kerusi yang ditandingi Pejuang dan PN.

“Rundingan dgn PN masih berjalan kerana ada masalah sikit yang belum kita putuskan.

“Kita setuju untuk adakan apa jenis kerjasama. Kita tentulah sesuaikan calon itu supaya tidak bertindih calon Pejuang dengan PN.

“Walaupun demikian sudah tentu beberapa kawasan yang kita telah tetapkan siapa yang akan bertanding,” katanya dalam sidang media di Putrajaya hari ini, lapor Malaysia Gazette.

Dr Mahathir turut memberi masa dua hari kepada PN untuk memuktamadkan kerjasama dengan GTA.

“Kita bagi tempoh dua hari sebab kita akan putuskan segalanya pada 2 November depan,” katanya.

Beliau memaklumkan rundingan melibatkan tiga wakil daripada GTA iaitu beliau; Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Timbalan Presiden Pejuang, Datuk Marzuki Yahya.

Di pihak PN pula katanya, melibatkan Datuk Ahmad Samsuri Mokhtar dan Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

“Perbincangan antara kedua-dua pihak itu tidak melibatkan Muhyiddin Yassin,” kata Marzuki dalam sidang media sama. – Malaysiapost

Komen