Zahid sebak ketuai bacaan doa

Zahid sebak ketuai bacaan doa

SUASANA syahdu menyelubungi Himpunan Solidariti Kestabilan Kemakmuran Barisan Nasional (BN) Pahang hari ini ketika Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membaca doa. 

Sebelum mengakhiri ucapan, Pengerusi BN itu meminta penyokong BN yang hadir menadah tangan dan mengaminkan ketika beliau membaca doa. 

Kira-kira 6,000 penyokong BN yang hadir penuh semangat mengaminkan bacaan doa yang dibaca Ahmad Zahid pada mulanya. 

Namun ketika di pertengahan bacaan doa,  terdengar suara Presiden Umno itu sedikit bergetar dan sebak ketika mengetuai bacaan dan memohon Allah memberkati perjuangan BN pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). 

“Ya Allah ya tuhan kami, kami mohonkan kepada mu ya Allah. Tunjukkan kami bertaut semula untuk bersolidariti ya Allah. Lupakan perbedaan kami ya Allah. Lupakan persengketaan kami ya Allah. Tautkan hati-hati kami ya Allah,” antara kandungan doa dibaca Ahmad Zahid. 

Walaupun turut sebak, penyokong dan pemimpin BN yang hadir di Laman Kerayong, tetap mengaminkan doa dibaca Ahmad Zahid sehingga selesai. – Malaysiapost

Komen