Buku Tommy Thomas: PDRM dalam proses lengkapkan siasatan
POLIS Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan kertas siasatan berkaitan buku My Story: Justice in Wilderness karya bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas.
Setiausaha PDRM, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata kertas siasatan telah dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara dan diterima semula pada 25 Oktober lalu.
Katanya, pihak Pejabat Peguam Negara mengarahkan agar beberapa tindakan lanjut diambil bagi melengkapkan siasatan.
“PDRM sedang dalam tindakan melengkapkan siasatan sepertimana arahan dan kertas siasatan akan segera dirujuk ke Pejabat Peguam Negara untuk nasihat dan arahan lanjut,” katanya menerusi kenyataan malam ini.
Sebelum ini, PDRM selesai merakam keterangan Thomas berhubung buku itu.
Pada 13 Oktober lalu, kerajaan menyahklasifikasi laporan pasukan petugas khas itu yang antara lain mengesyorkan supaya Thomas disiasat atas kemungkinan melakukan pelbagai kesalahan.- Malaysiapost