Covid-19: 2,754 kes baharu, 4 kematian semalam

Covid-19: 2,754 kes baharu, 4 kematian semalam

SEBANYAK 2,754 kes baharu Covid-19 direkodkan semalam, dengan lapan daripadanya merupakan kes import.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal KKMNOW, sebanyak empat kes kematian baharu dilaporkan dalam tempoh sama.

“Dua daripadanya adalah kematian melibatkan kes di luar fasiliti hospital atau brought-in-dead (BID),” katanya

Justeru, katanya, jumlah kematian dalam negara kini sebanyak 36,462 kes.

Sementara itu, kes aktif Covid-19 pula mencatatkan sebanyak 28,720 kes, dengan 27,503 atau 95.8 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.

“Seramai 1,170 pesakit ditempatkan di hospital, 47 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).

“Daripada jumlah itu, 30 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.

Kes sembuh yang direkodkan pula ialah 1,271 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh wabak tersebut dalam negara kepada 4,825,255 kes. – Malaysiapost

Komen