JAKIM pinda tarikh UPKK 2022

JAKIM pinda tarikh UPKK 2022

JABATAN Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah bersetuju untuk meminda tarikh pelaksanaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) (Bertulis) yang dijadualkan pada 14 hingga 17 November ini ke 28 November hingga 1 Disember 2022.

Ketua Pengarah JAKIM Datuk Hakimah Mohd Yusoff, berkata pindaan itu adalah bagi memberi ruang persediaan dan pelaksanaan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) yang berlangsung pada 19 November 2022.

“JAKIM amat prihatin dan mengambil berat dengan keputusan yang telah ditetapkan serta amat menghargai komitmen semua pihak dalam menjayakan pelaksanaan UPKK kali ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, pindaan itu membabitkan Ulum Syariah (Akidah dan Ibadah) pada 14 November dipinda pada 28 November 2022 , manakala Sirah Jawi dan Khat yang dijadualkan pada 15 November dipinda ke 29 November 2022.

“Adab pada 16 November dipinda pada 30 November 2022; dan Lughah Al-Quran pada 17 November dipinda ke 1 Disember 2022,” katanya. – Malaysiapost

Komen