PRU15: PKR umum calon di Semenanjung malam ini
PKR akan mengumumkan senarai calonnya bagi kerusi-kerusi Semenanjung untuk berdepan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di bawah panji Pakatan Harapan (PH) malam ini.
Senarai calon akan tersebut akan diumumkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) di Taman Kosas, Ampang, jam 8.30 malam.
“InsyaAllah, KEADILAN akan menampilkan calon yang penuh wibawa merangkumi pelbagai segmen masyarakat yang datang dari latar belakang berbeza.
“Antaranya golongan profesional, agamawan, penggerak belia dan anak muda,” kata Anwar menerusi hantaran di Facebooknya.
Sementara itu Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata sebaik saja calon-calon diumumkan, rakyat Malaysia boleh meneliti biodata mereka di laman www.calonkeadilan.org.
“Akuan bersumpah pengisytiharan harta setiap calon juga akan dipaparkan di laman tersebut untuk memudahkan pengundi mengenali mereka,” katanya.
Sementara itu calon-calon PKR di Sabah dan Sarawak akan diumumkan minggu depan. – Malaysiapost