GTA umum senarai calon selewatnya 2 November – Tun M

GTA umum senarai calon selewatnya 2 November – Tun M

GERAKAN Tanah Air (GTA) akan memuktamadkan senarai calon bagi gabungan itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) sebelum atau pada 2 November ini, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau yang juga Pengerusinya GTA, berkata setakat ini ramai individu yang berminat dan layak menjadi calon pilihan raya, namun pihaknya sedang meneliti dan menyusun sebelum membuat pengumuman.

“Jadi kita akan tentukan (calon) sebelum atau pada 2 November ini,” katanya pada sidang media selepas berakhir Himpunan GTA Negeri Sembilan

Sementara itu, Dr Mahathir berkata, GTA terpaksa menggunakan logo Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) pada PRU15 kerana kerajaan tidak mendaftarkan gerakan itu.

Jelasnya, namun ia tidak akan menjejaskan keyakinan rakyat untuk mengundi gabungan terbabit.

“Kita terpaksa menggunakan logo Pejuang kerana kerajaan tidak mendaftarkan GTA. Perkara seperti ini berlaku pada PRU14 di mana kerajaan tidak mendaftar Pakatan Harapan (PH) dan menggantung pendaftaran Bersatu.

Mengulas mengenai cadangan GTA untuk bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) dan PH, Mahathir berkata, kedua-dua gabungan itu enggan bekerjasama.

“Mereka nak bertanding dengan sendiri dan tak mahu runding dengan kita. Kita terbuka,” katanya. – Malaysiapost

Komen