Kerajaan sedia RM2.6 bilion untuk sektor komoditi – PM
Ben IbrahimÂ
KERAJAAN memperuntukkan sejumlah RM2.6 bilion kepada sektor komoditi yang menjadi antara penyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata peruntukan itu membabitkan lima inisiatif untuk memastikan sektor komoditi berdaya saing.
“Inisiatif pertama, sebanyak RM315 juta bagi program pembangunan kawasan bertanam getah pekebun kecil untuk menggantikan pokok getah yang memberi manfaat kepada 387,000 pekebun kecil.
“Untuk (inisiatif) kedua pula, program pembangunan hasil baru bagi menggalakkan pekebun kecil meneroka pendapatan baharu selain getah dengan peruntukan RM40 juta,” katanya ketika berucap pada majlis pekebun kecil makmur Keluarga Malaysia di Bera, hari ini.Â

Dalam pada itu, inisiatif ketiga pula kata Ismail Sabri berkata, insentif pengeluaran lateks diperkenalkan bersama-sama dengan program untuk menambah baik rantaian bekalan bahan mentah melalui koperasi.
Katanya lagi, kerajaan melalui inisiatif keempat pula memperkenalkan skim perlindungan pertanian untuk melindungi pengusaha pertanian daripada sebarang risiko luar kawalan seperti cuaca, penyakit dan makhluk perosakÂ

“Bagi masyarakat Orang Asli di Bera, projek tanam semula ladang Orang Asli akan dilaksanakan melalui inisiatif kelima, merangkumi kerja penanaman semula getah dan sawit.
“InsyaAllah, semua ini akan dilaksanakan jika semua pekebun kecil memberi mandat kepada kerajaan saya pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) ini,” katanya.
Ismail Sabri turut meminta rakyat membuat keputusan bijak pada 19 November ini dan memastikan kerajaan sekarang terus dipilih untuk memastikan semua dibentangkan dalam Bajet 2023 pada 7 Oktober lalu dapat dilaksanakan. – Malaysiapost