BN mahu henti budaya politik dendam, benci

BN mahu henti budaya politik dendam, benci

BARISAN Nasional (BN) akan menitik-noktahkan budaya politik dendam dan benci jika diberi mandat untuk mentadbir negara selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata perkara itu dikongsinya dalam pertemuan dengan Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin semalam.

“Saya berkongsi pendirian BN jika diberikan mandat akan menitik-noktahkan budaya politik dendam dan benci.

“…Hingga negara dan rakyat dipaksa terheret sama dalam kebobrokan politikus yang menghabiskan masa melondeh aib dan mencari kesalahan musuh politik yang berbeza pendirian dan pandangan,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Asyraf Wajdi berkata, dalam pertemuan makan malam dengan mufti Perlis, mereka berbincang mengenai keperluan untuk kerajaan masa hadapan, dibentuk bukan sahaja bersih dan berintegriti, bebas daripada rasuah dan salah guna kuasa.

Malah, katanya, sebuah kerajaan melangkaui ideologi sectorial yang bersifat jumud dan eksklusif.

“Sebaliknya hayat sesebuah kerajaan dan tamadun hanya mampu dipanjangkan jika prinsip dan nilai toleransi dan kesederhanaan menjadi teras dalam pemerintahan dan pentadbiran,” katanya. – Malaysiapost

Komen