Covid-19: 3,123 kes baharu, 2 kematian semalam
SEBANYAK 3,123 kes baharu Covid-19 direkodkan semalam, dengan enam daripadanya merupakan kes import.
Menurut Kementerian Kesihatan (KKM) di portal KKMNOW, sebanyak dua kes kematian baharu dilaporkan dalam tempoh sama.
Jumlah kematian dalam negara kini sebanyak 36,466 kes.
Sementara itu, kes aktif Covid-19 pula mencatatkan 31,365 kes, dengan 29,855 atau 95.2 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.
“Seramai 1,444 pesakit ditempatkan di hospital, 66 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).
“Daripada jumlah itu, 39 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.
Kes sembuh yang direkodkan pula ialah 2,464 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh wabak tersebut dalam negara kepada 4,832,220 kes. – Malaysiapost