Jelly Bellrossa Advances pilihan selebriti malaysia
USAHAWAN kecantikan, Syarifah Nur Fakhirah Syed Muhsin atau Syarifah Khyra Muhsin menganjurkan majlis bertemakan Bollywood di bawah payung syarikatnya, Fellera Beauty Malaysia Sdn Bhd, Sabtu lalu.
Sinonom dengan tagline ‘sekali sedut tak cari lain… suami makin sayang’, acara itu bertujuan mempromosi suplemen atau makanan tambahan jeli Bellrossa Advances atau lebih dikenali sebagai #jellyajaibviral.
Kongsinya di Instagram, dia teruja kerana majlis itu tidak ubah seperti berada di Mumbai.
Turut hadir pada majlis sama ialah aktres Rozita Che Wan, Elfira Loy dan kumpulan Ruffedge yang membuat persembahan.

Sementara itu penangan kecantikan bintang K-Pop dan obses untuk sentiasa cantik serta sihat biarpun berstatus ibu kepada tiga anak, Syarifah Khyra mengeluarkan produknya sendiri.
Bermula dengan mengeluarkan produk penjagaan kulit sejak 10 tahun lalu, dia kemudian menumpukan kepada suplemen atau makanan tambahan popular iaitu #jellyajaibviral.
Menurut wanita berusia 30 tahun berasal dari Terengganu, percaturannya mengeluarkan produk selamat diguna dalam bentuk jeli kecantikan dan kesihatan dengan 16 bahan makanan tambahan termasuk campuran vitamin, ekstrak buah serta jamu itu membuahkan hasil.
Malah katanya, jeli itu menjadi pilihan ramai selebriti wanita tanah air yang menjadi di Malaysia sebagai pelengkap tenaga dan keperluan utama kaum hawa.
“Ia bukan 100 peratus jamu. Sebaliknya kandungan jamu hanya 30 peratus penggunaannya. Selebihnya berasaskan vitamin dan esktrak buah.
“Malah saya antara pengeluar produk pertama mengeluarkan suplemen dalam bentuk jeli yang tidak pahit seperti kebanyakan produk jamu. Kita sasarkan 100,000 kotak jeli sebulan dan seterusnya sejuta kotak dalam tempoh enam bulan.
“Produk ini dikeluarkan sejak 2019. Setahun sebelum itu, proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) dilakukan. Namun produk ini meledak tahun ini termasuk selepas menjadi pilihan selebriti terkenal,” katanya selepas majlis yang diadakan di ibu kota.
Syarifah Khyra mengakui mengeluarkan produk tersebut pada awalnya untuk kepuasan diri.
“Produk ini dihasilkan bukan semata-mata kerana wang. Tapi ia melalui proses kajian dan R&D untuk menyelesaikan masalah orang perempuan.
“Malah saya mengkaji suplemen dari Korea yang dimakan berasaskan jeli. Negara itu juga ada mengeluarkan topeng muka berasaskan puding. Nak lebih lanjut tekan pautan https://nak.info/felleraskinhq,” katanya yang turut melakukan penjenamaan semula Fellera Beauty kepada Fellera Skin pada 2019.
Kata Syarifah Khyra lagi, produk suplemen berkenaan mempunyai pelbagai manfaat dan faedah khusus buat wanita dari anak dara hingga usia emas.
Selain jeli, jenama itu mengeluarkan produk Jus Brightskin untuk wanita dan lelaki. Kedua-dua produknya dijual di bawah harga RM80.
“Ia dapat menyelesaikan masalah utama golongan wanita termasuk haid, senggugut, hubungan suami isteri hambar, kahwin lama tak dikurniakan anak dan komplikasi masalah kulit,” katanya.
Dalam pada itu, Syarifah Khyra berkata hingga kini jenama naungannya itu mempunyai lebih 3,200 pengedar. – Malaysiapost