PRU15: Jangan terpedaya penipuan, skrip kitar semula PH – Zahida

PRU15: Jangan terpedaya penipuan, skrip kitar semula PH – Zahida

PUTERI Umno mengingatkan pengundi supaya tidak terus terpedaya dengan penipuan dan skrip sama yang dikitar semula Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya kali ini.

Ketuanya, Datuk Zahida Zarik Khan berkata tindakan PH sudah dijangka kerana mereka tidak pernah serik terus menipu dan menabur harapan palsu kepada rakyat.

“Mereka akan ulang-ulang skrip dan penipuan sama yang digunakan ketika Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu.

“Janji hapuskan tol sekali lagi berkumandang dalam kempen PH di Perak.

“Tak mustahil selepas ini mereka akan ulang hapus hutang PTPTN, hapus cukai itu, hapus cukai ini dan segala harapan palsu untuk perbodohkan rakyat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Zahida, rakyat sudah serik ditipu selama 22 bulan oleh PH, cuma mereka sahaja yang masih tak serik-serik untuk terus menipu.

“Jadi selepas ini jika ada dengar apa-apa lagi janji mereka, cukuplah sekadar dengar, tapi percaya jangan sekali,” katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta pengundi menetapkan pendirian dengan memangkah lambang Barisan Nasional (BN) pada kertas undi, 19 November ini. – Malaysiapost

Komen