Tragedi sambutan Halloween: Pelakon Lee Ji Han antara terkorban
PELAKON dan bekas peserta program realiti ‘Produce 101’ musim kedua, Lee Ji Han, 24, dilapor terkorban dalam tragedi sambutan Halloween di Itaewon, Korea Selatan, Sabtu lalu.
Agensi pelakon berkenaan, 935 Entertainment mengesahkan kematian aktor itu dalam insiden tersebut seperti dilapor Soompi.
Agensi itu dilaporkan sangat terkejut dengan berita berkenaan dan berharap ia tidak benar.
“Memang benar Ji Han meninggal dalam tragedi itu.
“Keluarga mendiang sedang dalam kesedihan. Semoga Ji Han tenang di sana,” katanya.
Sementara itu, upacara penghormatan Ji Han dilapor akan diadakan di Hospital Myeongji pada hari ini, manakala majlis pengebumian dijangka pada 1 November.
Untuk rekod, 153 orang maut dan lebih 80 cedera akibat sesak nafas dan serangan jantung ketika menyambut perayaan Halloween di Itaewon.
Sementara itu, pihak berkuasa metropolitan Seoul menerima 355 laporan individu hilang dipercayai menjadi mangsa tragedi rempuhan itu. – Malaysiapost